HUBUNGAN DAN PERKAITAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN DENGAN KOMUNIKASI ISLAM

Hubungan antara Islam,Iman dan Ihsan serta Hubungannya  dengan Komunikasi Islam.


Setiap umat Islam mengetahui dengan yakin bahawa Islam tidak cukup tanpa Iman,manakala Iman tidak sempurna tanpa Ihsan. Kedua-dua istilah  saling berhubung dengan satu sama lain, bahkan saling bergantung  antara satu sama lain.

 Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baikdan melarang dari segala yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”. (Surah Ali ‘Imran 3:110)



Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik (dakwah) sudah pasti tidak akan lepas daripada akhlak yang baik. Sejarah membuktikan kepetahan dalam menyampaikan sesuatu mesej belum tentu dapat diterima oleh pendengar sekiranya tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik daripada penyampaiMasih ramai dalam kalangan pendakwah yang menganggap bahawa dakwah hanya berbentuk penyampaian sesuatu mesej secara lisan. Sebenarnya, dakwah merangkumi aspek lainnya juga seperti penampilan diri, praktik amalan pendakwah itu sendiri, akhlak mulia, atau yang biasa disebut dengan dakwah bil hâl.
Bahkan kedudukan yang terakhir inilah yang lebih penting jika dibandingkan dengan dakwah bil lisan, iaitu dakwah dengan penyampaian lisan dan lebih mengenai sasaran.



Comments