PENGERTIAN IHSAN

Pengertian Ihsan


Ihsan bermaksud berbuat baik, berbakti dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dengan berlandaskan kesabaran dan keikhlasan, seseorang dapat berbuat sesuatu kebaikan yang bermanfaat kepada diri sendiri, sesama manusia serta makhluk lain, selain itu dapat menghindar daripada melakukan perbuatan yang buruk. Ihsan akan menggalakkan seseorang agar sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadat semata-mata kerana Allah SWT. Sifat ihsan ini akan melahirkan sesorang yang mempunyai akhlak yang baik.

Akhlak terbahagi kepada 2, iaitu:
a.Akhlak mahmudah
Akhlak  mahmudah atau akhlak mulia sangat banyak jumlahnya jika dihitung, boleh diukur secara zahir atau batin. Akhlak mulia dapat dibahagikan kepada 3 bahagian.
qAkhlak terhadap Allah SWT:  pengakuan  dan kesedaran bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia memiliki sifat-sifat terpuji dan mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
qAkhlak terhadap diri sendiri: menjaga diri-sendiri dengan sebaik-baiknya. Menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Seorang muslim harus bersih dan   suci badan, pakaian, dan tempat, terutama terutama apabila melaksanakan solat dan beribadah kepada Allah SWT.

qAkhlak terhadap sesama manusia: perlu bekerjasama dan saling tolong-menolong  antara satu sama lain tidak kira bangsa atau agama.

b.Akhlak mazmumah
Akhlak mazmumah berlawan dengan akhlak mahmudah. Menurut Islam, akhlak mazmumah  tetap dibincangkan secara terperinci. Antara contoh akhlak mazmumah ialah:
ØIri hati- merasa kurang senang melihat kelebihan orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain
ØDengki- menaruh perasaan marah kerana sesuatu atau terlalu cemburu dengan kelebihan orang lain.
ØAngkuh- menganggap dirinya lebih  dari orang lain  sehingga tidak mahu mengakui kekurangan dirinya.
ØRiak- membuat amal kerana ingin mendapat pujian dari orang lain.
ØUjub- sikap mengagumi diri sendiri.
ØTakburmelihat  diri sendiri mengatasi orang lain dari segi kesempurnaan  dan  lain-lain.   



Comments